Thursday 15 August 2019

CANTIKKAN RUANG SOLAT, HIDUP JADI TENANG, REZEKI DATANG DENGAN SENANG.

CANTIKKAN RUANG SOLAT, HIDUP JADI TENANG, REZEKI DATANG DENGAN SENANG.

Barang siapa yang Memperbaiki Solat nya, sesungguhnya dia sedang memperbaiki seluruh hidupnya.

Macam posting saya sebelum ni, setelah berbual, dan interview puluhan orang-orang berjaya dan berada di Top dalam bidang masing-masing. Hampir semua mengatakan, Khusyu dalam Solat adalah penyumbang Besar dalam Kejayaan mereka.

Selalu kita dengarkan,

“Aku dah solat, aku dah doa, tapi kenapa tak berjaya pun?”

Tuan-Puan,

Solat dengan jaga Solat tu ada Beza nya. Kata Ustaz Ebit Lew, Beza orang yang Solat dengan Orang jaga Solat itu macam langit dengan Bumi.

Antara Ciri jaga Solat, termasuk lah, jaga Waktu Solat, awal Waktu, jaga Pakaian Solat, dan juga jaga Tempat Solat. Tempat Solat yang tenang, selesa dan mendamaikan memang betul2 menyumbang pada Khusyu dan Focus kita dalam Solat. Hasilnya, Brain wave kita Vibrates pada Vibrations terbaik, dan dapat menarik perkara Best Best dalam hidup kita.

Saya ingat Sahabat saya Tuan Faizal Hassan. Beliau ada 5 biji Resort. Beliau ceritakan, yang bapa beliau, setiap kali nak buka Resort baru, perkara pertama bapa beliau akan bangunkan ialah Musolla.

Dalam tanah tu, bapa beliau akan cari spot paling cantik, kawasan paling cantik, ruang paling cantik untuk di jadikan Surau. Setiap kali buka Office pun sama, bapa beliau akan cari ruang paling Cantik untuk di jadikan Surau.

Hasilnya, Bisnes terus berkembang Maju. Sebab memuliakan Tempat Ibadah.

Kita tidak. Di rumah tu, ruang paling sempit, ruang paling kecil, penjuru-penjuru itu lah yang kita buat tempat solat. Kadang-kadang depan TV je solat, sejadah pun tak ada. Kita tak ada tempat khas untuk kita berehat, duduk jumpa Tuhan.

Saya pun begitu dulu. Masa tak Faham benda ni. Bila dah faham baru mula ubah. Pelan-pelan cantik kan tempat Solat.

Antara benda yang boleh buatkan Suasana tempat Solat tu cantik ialah:

1. Warna yang tenang, lembut dan mendamaikan.

2. Suhu yang selesa. Kalau boleh pasang aircond lagi baik.

3. Tempat Sujud yang selesa. Untuk yang ni, saya nak Recommend Sejadah Carpet dari Mastura Abdul Rahman . Sejadah dia best sangat. Karpet dia selesa, dan dekat tempat sujud dia ada Sulaman bunga rose putih atas kain Satin.

4. Udara bersih dan Bau yang mendamaikan. Untuk bau ni, saya Suggest anda pasang Diffuser Essential Oils. Macam kitorang suka pasang bau Lavender. Tenaaaaang gila rasa.

Selain bagi banyak manfaat pada kesihatan dan saraf kita dia bagi jantung kita tenang. Boleh try tengok dengan Dr. Dian Nasuruddin.

5. Lighting yang bagus. Bagi saya lighting sangat mainkan peranan penting untuk set the mood. Nak cun lagi, anda boleh letak Himalayan Salt Lamp.

Lampu garam ni, dia release Positive Energy. Suasana ruang tu akan rasa Positive jee.

6. Hiasan Dinding yang indah. Calligraphy atau lukisan Abstract boleh mengubah suasan ruang menjadi lebih damai dan memberi Energy Positive pada ruang Solat kita.

Ramai Client-Client VIP saya tempah Calligraphy Painting Exclusively untuk Ruang Solat mereka. Mereka faham bagaimana hiasan dinding boleh merubah Mood & Enery sesuatu ruang.

Moga anda Terinspirasi dan tergerak Hati untuk buat satu Ruang Solat yang selesa dan Cantik di Rumah. Moga Solat anda lebih Khusyu dan Lebih banyak kebaikan dan Kejayaan datang dalam Hidup anda.

Pasang niat, pasang Azam, buat sikit sikit InsyaAllah Allah bagi Ganjaran.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...