Friday 16 August 2019

kenapa ye? Rajin sangat menulis

Afnan, kenapa ye? Rajin sangat menulis, share-share ilmu ni? Bukan dapat duit pun.

No,no,noooo. You don’t understand. Kita semua is all interconnected. Kau, aku, pokok-pokok, haiwan, langit, galaxy, everything is connected.

Kita semua di cipta oleh satu Kuasa yang sama, Allah. Kita wujud dalam satu Ecosystem sunnatullah yang Maha dahsyat. Di mana, semua benda berkait antara satu sama lain.

Oxygen yang aku bernafas sekarang, pokok bekalkan pada aku, pokok ambil carbon dioxide dari udara yang aku hembus.

Aku makan lembu, kambing. Nanti aku mati, tubuh aku di kembalikan pada bumi, mereput, jadi rumput, jadi tanah. Lembu, kambing makan rumput.  Its a circle of life.

Even unsur iron dalam hemoglobin yang ada dalam darah aku ni, terbentuk dari Supernova yang telah terjadi jutaan tahun dahulu. Alam secara asas tak ada unsur iron. Hanya dengan letupan bintang dan matahari yang besar di panggil supernova baru unsur iron tercipta.

Tanpa process ini jutaan tahun dahulu, kita semua mustahil boleh wujud dan bernafas harini. Nampak tak? Everything is connected, tak ada satu pun makhluk yang Allah wujudkan tanpa ada fungsi dan kaitan pada makhluk yang lain.

Even makhluk itu duduk pada jarak jutaan tahun perjalanan cahaya. Ia tetap ada kaitan pada hidup kita harini.

If everything is interconnected, what you do to others is actually what you do to yourself. Kalau kita buat sesuatu kebaikan pada orang lain, atau makhluk lain. Sebenarnya kebaikan itu akan pulang pada kita dalam bentuk yang lebih besar.

Kalau saya bantu Ribuan orang jalani hidup yang lebih tenang, lebih bermakna. Sebenarnya ribuan Energy, Vibrations yang baik is reflecting back to me.

Harini, semua masalah yang berlaku dalam dunia kerana kita tak rasa kita saling berkait. Kita rasa aku adalah aku, kau adalah kau.

Kalau kita sedar yang separuh dari system pernafasan kita ada pada pokok-pokok dan hutan. Nescaya kita tak akan sondol semua hutan-hutan semata-mata untuk duit.

Kalau kita percaya apa yang kita buat pada orang, akan reflects balik pada kita, nescaya kita takkan tipu orang, rasuah orang, pukul orang, hina orang dan sebagainya. Sebab harini kita rasa aku adalah aku, kau adalah kau. Sebab itu kita seronok kecam sana sini.

Sebenarnya kecaman dan cacian kita semua beri bekas pada kita balik. Cuma dalam keadaan kita tak sedar. Bukan manusia sahaja. Seluruh alam ini berkait. Everything is connected.

Kata Jalaluddin Ar Rumi.

“WE ARE ONE! Everything in the universe is within you. Ask all from yourself.”

Kau, aku, kita semua satu. Aku sakitkan kau, bermakna aku sakitkan aku. Aku Bahagia kan kau, bermakna aku Bahagia kan aku.

Alangkah bagusnya kalau semua orang faham begini kan? Bantu saya sebarkan mesej ini boleh?

Anda Belajar sesuatu? Salam Jumaat semua.
#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...