Thursday 15 August 2019

Aku sebagaimana sangkaan Hamba ku pada ku. Hadith Qudsi.

#WAJIB BACA.

*Panjang, tapi saya jamin berbaloi.

Macam biasa, setiap kali lepas live satu topic, maka penuh lah inbox saya dengan story-story Amazing dari ribuan Followers saya yang tercinta ni. MasyaAllah. Saya betul-betul terharu. Tak pernah kenal, tak pernah jumpa. Tapi sanggup pm, sanggup share experience.

Masing-masing excited pula tu. Walaupun most of the pm saya tak sempat reply, tapi saya baca InsyaAllah. Dan saya really appreciate every single one of the. Seriously thanks a lot guys.

Baru ni kan saya live ajar tentang how to live in abundance. Sebenarnya live tu, saya nak ajar supaya kita semua mula hidup dengan perasaan kaya. Dengan jiwa lapang, dengan hati yang tenang. Its not about money, not about material.

Saya nak ajar kita semua mula pandang diri, mula pandang Alam ni. Dan mula sedar segala nikmat-nikmat sekecil apa pun. Semua tu Kekayaan yang Allah dah bagi pada kita. Selalu saya cakap, Abundance ada sekeliling kita. Kita dah sebenarnya kaya. Cuba duduk sekejap, pejam mata, fikir satu satu nikmat Allah bagi. MasyaAllah. Tak terkira kita.

Cuma bila kita ni hidup dalam desperation, rasa tal cukup, jiwa sempit, dada rasa keciiik je, rasa life ni susah luarbiasa. Kita blinded tau. Kita jadi tak boleh nampak apa dah sekeliling kita. Lagi sempit, lagi sempit, lagi sempit life. Sebanyak mana harta pun takkan mampu kaya kan orang yang jiwa sempit.

Story ni di share oleh one of my followers. (Atas permintaan beliau, beliau minta hide nama sebab amount yang beliau dapat ni agak banyak).

Kan saya kata dalam video tu. When you spend, spend in Abundance. Spend generously. Setiap kali berbelanja, sertakan Feelings yang best, yang kaya yang banyak, yang melimpah dan yang cukup.

Dalam kes puan ni, sebelum ni kalau nak beli handbag ratus-ratus pun rasa berkira-kira. Tapi saya kata beli dengan rasa kaya. So, beliau masuk Butik Coach beli handbag 4 angka. Dengan penuh rasa kaya, Feelings Abundance, Feelings flow with ease, tanpa rasa kurang, rasa luak duit.

Apa yang jadi, 2,3 hari lepas tu, MasyaAllah beliau dapat deal investment yang bagi income setiap bulan pada beliau 50K. (RM50,000.00) MasyaAllah.

RM50,000.00 setiap bulan. 8 kali ganda dari income dia sekarang. Waktu saya baca ni pun saya terketar ketar. Sampai gigih saya pm beliau jam 1 pagi semalam. Saya tanya balik. Yang 50k tu setiap bulan ke bulan ni je dapat? Beliau kata setiap bulan.  (Baca di ruang comment).

Subhanallah cepat sangat life change kan? Ubah the Frequency you broadcast to the field, the you will get back the Frequency that you broadcast. Bayangkan. Dari income dia sekarang lebih kurang 6k lebih sebulan, naik 50K sebulan. Setiap bulan. Basically macam naik pangkat serta merta. Just changing how you feels.

Now, nanti mesti ada yang comment, alah, banyak duit boleh lah buat macamtu, aku ni makan gaji, aku ni susah. Well. You nak life change or not? Stop thinking like that, stop feelings sempit. Stop Feelings tak cukup. Dan jangan ukur Kuasa Allah berdasarkan kelemahan kita.

Yang mustahil nya kita. Yang susah nya kita, yang sempit nya kita. Yang lemah nya kita. Yang nak bagi nya Allah. Bagi Allah, nak bagi 50K sebulan dengan 50 sen sebulan sama mudah.

Nak bagi 10K sebulan dengan nak bagi 100 Juta sebulan sama mudah. Tak ada yang susah. Percaya ke tak? Yang kita tak percaya itu diri kita. Yang kita ragu ragu itu diri kita. Kenapa nak bawa ragu-ragu kita letak kat Allah?

Aku sebagaimana sangkaan Hamba ku pada ku. Hadith Qudsi.

Then You get what you feels lah. Itu sangkaan yang kita letak.

Saya kalau boleh nak semua orang faham concept ni, nak semua orang rasa hidup dalam keberlimpahan ni. Rasa hidup lapang, tenang, damai, tak stress. Remember its not about money. Its about kelapangan dada dan ketenangan hati tu yang lebih penting. Selagi fikir duit, itu bukan Abundance lagi. Itu masih sempit. Money is only one of the millions of abundance.

Nak dapat macamni jugak? Buat ni :

Ingat masa live saya ajar. Its not the amount that counts. Its the feelings that counts. Tak perlu pergi cari Coach pun. Lepas baca ni terus pergi peluk anak isteri, suami, rasa diorang ni harta paling besar kita ada. Rasa betapa kaya nya kita, sebab ada mereka.

Kalau ada parents peluk diorang dengan penuh rasa kaya. Tambah feels tu 1000 kali ganda.

Then start duduk bertenang, pejam mata. Feels setiap nikmat yang kita ada. Kaki tangan, pegang, dengan rasa Kaya. Syukur banyak-banyak sampai menangis. Rasa jantung, mata, mulut telinga. Feels.

Nafas. Rasa kaya. Feels. Dan harini sepanjang hari. What ever amount you spend. Tak kisah seringgit ke, 10 ringgit ke. Rasa nikmat duit tu. Rasa berlimpah. Practice this gratitude & Feelings Abundance ni setiap saat. Vibrates at this Vibrations. You will get it everything.

Saya nak sangat semua orang hidup lapang, tenang, hidup dalam kesyukuran dan kegembiraan. Sebab tu, pergi lah ke wall saya tu baca all the knowledge. Everything saya bagi free je. Tinggal nak buat je.

Dah ribuan orang dah buat dapat result. Baca di comment. Setiap post saya, ada je followers saya post Results mereka. MasyaAllah. Buat. Nanti saya share lagi satu story. Just baca di wall saya je. Niat nak 20K Allah bagi 200k. Yang ni pun Amazing. MasyaAllah.

Ok? Hopefully you got something from this Sharing. Buat terus, jangan tangguh-tangguh.

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat. #Tag team, family & kawan-kawan bagi sama-sama hidup dalam keberlimpahan.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...