Thursday 15 August 2019

BELAJAR GUNAKAN KUASA MINDA & HATI ANDA

BELAJAR GUNAKAN KUASA MINDA & HATI ANDA

Pernah tak, bila kita teringat pada seseorang, tiba-tiba orang tu call kita, Whatsapp kita ataupun tiba-tiba terserempak jumpa depan mata kita. Even orang tu dah bertahun tahun kita tak jumpa. Pernah kan?

Satu benda menarik saya nak kongsikan harini. For the past few weeks, saya memang mengkaji material-material atau bahan-bahan ceramah dan seminar Motivator terkenal Indonesia ini. Tuan Ippho Santosa.

Bagi yang belum kenal, beliau adalah Seorang Businesman & Motivator yang sangat berjaya. Beliau sudah memberi Inspirasi pada Jutaan orang seluruh dunia. Beliau bangunkan Sekolah-Sekolah seluruh Indonesia, malah beliau juga membangunkan Campus University beliau sendiri.

Seminar beliau sudah di puluhan Negara di pelbagai Benua, dan buku2 beliau menjadi Mega Bestseller, terjual Jutaan Naskah. Nak lebih kenal beliau, boleh ke Youtube, type Ippho Santosa.

Jadi, bila dah beberapa minggu saya study Material Ippho ni, saya Niat aku nak jumpa Ippho. Tak lama lepas tu, tengok2, kawan saya Tuan Nick Hin bagitaw, beliau akan Invite Ippho ke Malaysia untuk jadi Speaker di Event beliau.

Event tu pulak, sepatutnya saya tak boleh masuk, sebab bukan member. Tapi nak jadi Rezeki. Allah izin Masuk juga.

MasyaAllah, International speaker, yang kalau kita fikir macam agak Mustahil untuk saya Jumpa. Tapi Allah atur tu cantik. Harini jumpa depan mata.

Sebenarnya MINDA & HATI kita ni Powerful. Minda & Hati kita ni macam phone. Kita boleh Dial sesiapa saja, diorang boleh duduk di mana saja di dunia ni, asal kita dial nombor mereka, mereka akan Terima panggil kita, dan mereka boleh jawap.

Begitu lah juga Minda & Hati kita. Kita boleh berhubung dengan sesiapa saja yang kita nak dalam dunia ni. Cumanya kita kena belajar bagaimana nak kawal kuasa itu. Most of the time, benda ni berlaku by accident dalam our life, tanpa kita sedar.

Tapi kalau kita mampu kawal. Dahsyat! Memang Dahsyat, what it can do to our life.

For the past few month saya test untuk Apply benda ni. Saya baru terdetik nak Belajar NLP dan Dreamboard, tau2 Tuan Zuhairi Nopiah datang ke rumah saya, invite saya ke Seminar NLP & Dreamboard beliau, FREE.

Saya baru terdetik nak belajar Faham Al Quran, baru niat pagi tu, tengahari tu Tuan Faizal Hassan datang rumah dengan Isteri beliau Puan Cahaya Norhaini, Invite saya datang Kelas Faham Al Quran mereka FREE.

Saya baru niat nak pakai Braces, baru terdetik niat tak sampai 15 minit, Dr. Izaza pm saya cakap nak sponsor saya pakai braces yang RM7500 FREE.

Banyak sangat peristiwa-peristiwa begini berlaku pada saya kalau saya nak ceritakan satu per satu. Saya faham concept ni dah lama. Saya ingat dulu saya dan isteri decide untuk tidak berhubung, taknak couple, so, masing2 bawa diri. Kami niat, kalau ada Jodoh InsyaAllah Allah temukan semula.

Saya tiada nombor dia, dia pun tiada nombor saya. Fb pun saya takde waktu tu. Tapi saya gunakan ini. Saya cuba Connect dengan diri nya. Bertahun - tahun kami lost contact. Bila saat bersedia dah nak bincang pasal kahwin, saya send Vibrations Rindu pada beliau, dan tanpa FB, Tanpa Phone Nombor, tanpa sebarang information, beliau jumpa saya.

Amazing kan? Allah gerakkan hati manusia. Begitu juga Clients saya. Ada beberapa Client, yang saya niatkan mereka supaya Contact saya. Walhal tak pernah jumpa, tak pernah kenal. Tau-tau mereka Contact nak beli karya.

Now, ini asas penting yang anda perlu Faham. Kalau tidak, boleh lari Aqidah.

Sama macam phone, Phone kita release gelombang, naik ke Satellite, Satellite pantulkan balik gelombang ke bumi, terus ke phone yang kita dial tadi. Jadi rakan kita boleh jawap panggilan kita.

Begitu juga Minda & Hati kita. Kita release Niat, Vibrations & Doa pada Allah. Allah yang gerakkan hati orang yang kita Doakan itu untuk Contact kita, jumpa kita, beli barang kita dan sebagainya. Jadi, pokok nya, Kuasa Allah. Bukan kuasa kita.

Cuma nya, hati & minda kita itu, Allah cipta dengan capacity untuk berhubung dengan hati & minda orang lain.

So, Next time kalau ada terasa macam ada orang memanggil-manggil kita, terasa rindu, terasa ingatkan seseorang. Itu sebenarnya ada orang sedang ingat kita.

Belajar sesuatu? Cuba latih untuk Master menggunakan Kuasa Minda & Hati ini.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...