Thursday 15 August 2019

Dimensi Spiritual

1. Kita semua terhubung di dimensi spiritual. Kerana itu, kita boleh tarik sesiapa saja dari mana saja di seluruh dunia untuk datang dalam hidup kita. Kerana di dimensi fizikal kita banyak limitations. Tetapi di dimensi spiritual tak ada limitations.

2. Sama seperti phone kita, kita boleh call, dial dan berhubung dengan sesiapa saja yang kita mahu selagi kita tahu no phone mereka. Cuma perlu dial nombor yang betul, dan mereka tekan receive call. Selagi mereka tak receive, kita tak dapat bercakap dengan mereka.

3. Dalam post sebelum-sebelum ni saya dah ceritakan beberapa peristiwa insan-insan luarbiasa yang saya nak jumpa, datang all the way dari luar negara ke Malaysia, dan takdir Allah saya dapat berjumpa dan belajar dari mereka. Ini semua bukan kebetulan. Ini Aturan Allah. Tak ada yang kebetulan dalam hidup.

4. Di dimensi spiritual, Jiwa yang mempunyai Vibrations yang sama, akan tertarik kepada satu sama lain, manakala jiwa yang mempunyai Vibrations berbeza akan saling menolak.

5. Dalam Sahib Bukhari,hadith no 2638. Nabi SAW bersabda.

“Roh-Roh itu bagaikan tentera-tentera yang berbaris. Siapa saja di antara mereka yang saling mengenal, akan saling mengakrabi. Dan siapa saja di antara mereka yang tidak saling mengenal, akan saling menjauhi.”

6. Bila saya baca Hadith ni, saya mind blown kejap. Betapa deep, scientific, dan hebat nya kefahaman Rasullallah. We are all connected by souls. Walaupun di dimensi fizikal kita terpisah beribu batu.

7. Sebab tu, kadang-kadang kita rasa dekaaaat je dengan seseorang seolah olah dia ada sebelah kita, walaupun dia duduk jauh beribu batu. Biasanya parents kita, pasangan kita dan kawan baik kita.

8. Tapi ada orang, kita rasa jauuuuuh sangat dari kita, walaupun dia duduk sebelah kita je. Semua pernah alami benda ni kan?

9. Bila bercakap juga begitu. Sebab itu bila kita gaduh atau nak marah, kita tinggikan suara, kita cakap kuat-kuat, kita jerit-jerit, sebab jiwa yang kita sedang bercakap tu, duduk jauh dari kita.

10. Tapi masa kita sedang bercinta, kita tengah in love. Kita cuma duduk sebelah orang yang kita sayang tu tanpa cakap apa-apa. Sepatah pun kita tak keluarkan. Tapi dalam hati ni rasa macam, banyak benda dah terluah. Banyak benda dah terucap. Even kalau cakap pun, hanya berbisik sudah cukup. Sebab apa? Kerana jiwa itu sangat dengan dengan kita.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻 Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...