Thursday 15 August 2019

tak perlu tahu “HOW”, cuma perlu tahu “WHAT” you want

Lepas subuh tadi saya nangis kejap. Lama saya duduk termenung atas sejadah, sambil nangis. Ya Allah, apa yang aku duk ajar orang ni? Saya tak percaya lagi apa yang jadi sebenarnya.

Beratus ratus pm masuk kongsikan cerita tak masuk akal begini. Pagi tadi puan Aisyah Badar Bajrai tag saya di status puan Syalfarina Razali.

Beliau tengok live saya dengan suami beliau. Tak pernah kenal, tak pernah jumpa, hanya tengok live. Husband beliau submit doa nak duit dalam acc bertambah. Tak tahu macamana, yang dia tahu, dia Feels, duit memang dah bertambah.

Itu lah yang saya ajar, tak perlu tahu “HOW”, cuma perlu tahu “WHAT” you want. Apa yang jadi, terus, masuk acc beliau RM32,000.00 orang nak bayar hutang. Yang dah bertahun tahun menyepi.

Puan Syalfarina sendiri pula, Feels RM1,000.00 dalam purse, tanpa bagi tahu pada suami, tahu-tahu husband beliau bagi cash RM1,000.00.

Ini hanya sebahagian dari beratus stories yang anda kongsikan, yang saya sendiri tak sempat nak kongsikan, tak sempat nak reply pun. Tapi saya baca semua, and I really appreciate your sharing. Thanks a lot.

Cumanya, please baca ni, and please, please, please sebarkan. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Bila saya tengok semua orang excited dengan benda ni saya jadi risau.

Risau pertama ialah risau anda pegang yang teknik doa ni lah punca anda dapat semua benda. Anda mula rasa semua benda anda punya kuasa. Tak. Yang saya ajar hanya cara mintak. Yang nak makbul, yang nak bagi itu Allah. Don’t get confused. Semua kuasa Allah.

Risau ke 2 ialah, sebenarnya yang saya baru buat live 2 kali tu hanya lah tak sampai 5% pun dari apa yang saya ajar dalam Seminar. But people see that as everything dah. They think they know everything dah. No. Its just a small part. Very small part.

Banyak benda lagi yang anda tak tahu di sebalik tu. Ramai yang pm saya desperately nak dapat Macamana diorang yang saya duk share results ni dapat. Yang buat tak dapat nak feels, mula rasa frust dan sebagainya.

Sebab itu bukan teachings saya. Saya nak semua orang hidup tenang, hidup bahagia, hidup gembira, tanpa stress, tanpa anxiety, tanpa depression.

Ada duit bahagia, takde duit bahagia, ada family bahagia, takde family pun bahagia. Duk kat mana-mana pun boleh bahagia. Di rumah harga berjuta boleh bahagia, tidur di kerusi taman pun bahagia. Saya nak sampai tahap tu.

Bukan hanya bila kita dapat something baru kita bahagia, tak dapat kita frust, kita sedih. No. Be happy all the time. Be grateful, joyful and blissful all the time.

Belajar untuk hidup bahagia dengan diri sendiri. Rasa cukup dengan diri sendiri. Then anda akan mula hidup dalam keberlimpahan. Kekayaan, dan kesenangan.

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...