Thursday 15 August 2019

5 TIPS BANGUN DENGAN CINTA

Sebelum ni penulisan saya banyak menekankan kelebihan dan kepentingan bangun awal, Tahajjud. bangun sebelum Subuh, serta bangun dengan penuh rasa Syukur. (Gratitude).

Harini, saya nak berkongsi satu lagi Emotions yang sangat Powerful, yang bakal membuatkan hidup anda sepanjang hari begitu Amazing!

Emotion itu ialah CINTA 💖.

Yes! Mulai hari ini, ayuh sama-sama bangun dengan Perasaan #CINTA. Kerana, seperti kita belajar sebelum ini, bagaimana kita bangun pagi, akan menentukan perjalanan sepanjang hari kita. If you win the morning, you win the whole day.

Cinta ini ialah antara Emotions yang menghasilkan Vibrations yang tertinggi. Elevated Emotions. Elevated emotions akan membuat kita menarik banyak perkara yang baik, best, amazing dan awesome dalam hidup kita.

Ingat tak, waktu kita tengah bercinta dulu, semua perkara jadi Indah. Langit kelihatan lebih biru, laut kelihatan lebih tenang, angin bayu terasa lebih nyaman. Air minuman kita terasa nikmat nya luarbiasa. Makanan terasa sedapnya begitu agung.

Hati sentiasa gembira, berbunga-bunga. Kita sentiasa tersenyum. Pokoknya, semua indah-indah belaka waktu kita di lamun cinta bukan?

Bayangkan kalau setiap hari kita terasa begitu? Bayangkan Quality hidup kita? Bayangkan bisnes kita. Pasti semua jadi Amazing.

5 TIPS BANGUN DENGAN CINTA:

1. CIUM & PELUK ORANG TERSAYANG:

- Setiap pagi bangun, peluk & cium orang-orang yang kita sayang. Anak, isteri, ibu bapa kita. Body kita akan merembeskan hormon-hormon gembira, hormon yang buat kita feels good, more confidence dan eventually that feelings akan spiral membawa lebih banyak kegembiraan sepanjang hari.

2. ZIKIR:

- Zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ni, dia buat kita rasa Di CINTAI. Kalau tadi, kita giving love. Ini kita receiving love. Kita menerima cinta. Dan dengan menyedari yang kita ada Allah, Tuhan yang Mencintai kita, dia buat hati kita tenang, lapaang.

Sebab, kita tahu, apa pun jadi, Allah akan sentiasa ada dengan kita. Umpama bayi kecil, yang tidur dengan nyenyak dan tenang, kerana adanya ibu yang menyayangi di sisi.

3. SELAWAT:

- Sentiasa mengingati Nabi, buat kita jadi rindu, jadi sayang, jadi macam orang sedang bercinta. Sahabat, kalau tak jumpa Nabi sehari, terus jadi rindu luarbiasa.

Bilal, punya sayang pada Nabi, bila Nabi wafat, beliau pindah keluar dari kota Madinah, kerana setiap jalan, setiap penjuru di kota Madinah itu mengingatkan beliau pada Baginda Rasullallah SAW. Sebab tu hidup mereka hebat. Mereka sentiasa dalam keadaan orang bercinta dan di cintai.

4. MENDOAKAN ORANG:

- Ini powerful. Mendoakan orang lain tanpa mereka ketahui. Ini tanda cinta Agung. Ustaz Ebit Lew selalu cerita kita beliau bangun tahajjud, beliau dengar orang teresak-esak nangis dekat saff depan. Beliau pergi belakang orang tu, dan beliau dengar orang tu sebut nama Ebit Lew, nama bapa Ebit Lew dan nama seluruh keluarganya.

Rupanya, orang itu, ialah orang yang buat dakwah, mengislamkan keluar ustaz Ebit.

Kadang-kadang, kita jadi baik, orang keliling kita jadi baik, asbab doa orang lain yang mencintai. Nabi siang malam doa untuk Ummat. Ini lah CINTA.

5. SURAH AR RAHMAN:

- I don’t know, but personally, baca Surah Ar Rahman ni buat hati saya rasa di cintai luarbiasa. Sepanjang surah Allah banyak sebut tentang betapa Maha Pemurahnya Allah pada kita hamba Nya.

Moga pagi-pagi kalian di hiasi dengan cinta, dan sepanjang hari kalian menjadi indah seperti orang sedang di lamun cinta. Ayuh bangun dengan CINTA 🥰

Dapat sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...