Sunday 24 November 2019

Siri 5 MM

Mega Metamorphosis (Siri 5)

Kita ingatkan kekuatan kita pada marketing, pada teknik-teknik yang kita belajar selama ni. Rupanya tak. Hidup ni kalau nak hidup kita best kita kena bangun malam.

Bangun awal ni adalah benda yang wajib.

Nabi wajibkan diri bangun malam. Tahajjud

Jika tak penting tak diwajibkan. Bila wajib sebenarnya dia amat penting.

Bangun malam ni kekuatan. Satu kekuatan. Sebab tu sahabat semua bangun malam.

Kita duk rasa macam orang menangis ni adalah lemah. Kita cakap kat anak-anak kita orang lelaki ni jangan nangis.

Tapi Saidina Umar tu setiap malam dia menangis tak berhenti. Sampai dekat pipi dia selalu ada bekas air mata.

Jika kita susah untuk menangis makna nya ada something wrong dalam hati. Tanda banyak dosa.

Masya Allah bila boleh nangis ni satu nikmat. Alhamdulillah.

Jadi pertama kena bangun awal. Bangun awal ni dia simpan banyak rahsia. Banyak giler rahsia. Saat orang lain tengah tidur kita mampu bangun Itu dipangil top achiever.

Top achiever ni orang lain tegah tidur dia dah bangun dah. Sebab dia boleh lawan diri dia. Kebolehan dia untuk bangun tu di panggil self-mastery. Makna nya kita boleh kawal diri kita.

Orang yang tak boleh master diri dia bila bunyi loceng dia tekan snooze. Tu makna nya dia masih tak boleh nak lawan diri. Dia set loceng tu tapi bila bunyi loceng dia tekan snooze button.

Jika dia boleh master diri dia. Walau satu dunia lawan dia sekali pun dia pasti boleh lawan kerana self mastery.

Sultan Muhammad Al-Fateh masa nak tawan constatinopal dia bukan bergantung pada strategy dan senjata tapi dia tanya siapa yang biasa bangun malam. Habis dia tanya semua orang tapi akhirnya tinggal dia sahaja.

Maknanya orang lain tak layak bawa tentera melainkan dia seorang.

Muhammad Al Fateh kekuatan dia kat mana? Sebab dia bangun malam.

Soalan : Macam mana nak bangun awal?
= Tidur awal, tenang, bersyukur. 

Soalan : So bila nak bangun awal?
= Ikut la pukul berapa pun. Kalau rasa alim sikit bangun la dalam pukul 1/ 2 pagi kan.

Orang yang tak mampu tolak selimut takkan mampu ubah dunia.

Soalan : Bila bangun rasa menggantuk?
= Pertama kita spark dan trigger otak kita. Buat la apa pun janji otak you fresh.

Pertama syukur. Baca Doa. Then terus spark your brain dengan buat push up dan sit up.

Mustahil jika kita buat push up dan sit up hari-hari tapi ia tak beri impact to your body. Pasti akan nampak shoulder you lain, biseps you lain, chest akan mantap.

Bila kita ada body yang sihat kita pun akan lebih confident, buat bisnes pun senang. Impossible jika kita berjalan tegak, chin up tapi kita tak rasa confident. 

Kan Succes tu adalah habit yang kita buat sikit-sikit setiap hari.

Jika makan chocolate setiap hari kita pun akan sakit. Tapi jika kita makan an apple everyday keep the doctors away. Betul kan?

Proven by sains untuk spark badan kita di waktu pagi. Mandi guna dua suhu air yang berbeza sejuk dan panas berganti-ganti.

Cuba gosok gigi pakai tangan kiri yang tak dominan. Sebab tangan kanan adalah dari neuropath  yang sama kita buat selama ni. So bila kita pakai tangan kiri dia akan mencipta neuro path yang baru.

So belajar sesuatu?

-Afnan Rosli
Sharing is Caring.

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...