Tuesday 15 October 2019

Saya suka cara Afnan Rosli

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217925477587562&id=1202996907

Saya suka cara Afnan Rosli.

Maksud tuan?

Itu antara topik panjang yang kami bualkan semalam.

Tuan Ahmadi Sani adalah top affiliate dalam salah satu program bisnes.

Dalam kami berbual mengenai pemasaran dan jualan, beliau buka topik,

"Saya suka cara Afnan Rosli. Saya pernah pergi kelas dia", Tuan Ahmadi berkongsi.

Saya tak pernah pergi kelas AR dan tak kenal AR. Tetapi ada banyak versi cerita mengenai beliau yang saya terima dari kenalan.

"Apa yang AR kongsikan dalam kelas dia sebenarnya?", saya panjangkan topik.

"Best. Serius best. Dia ajarkan bagaimana kita nak ubah depression kepada gratitude..."

"...daripada gratitude akan hasilkan appreciation. Kemudian hadir joy dan kemudian bliss..."

Beliau ajar bagaimana untuk hidup dalam present. Sebab ramai manusia terlalu risaukan past dan future.

Itu membuatkan manusia susah nak hargai.

"AR ajar ilmu makrifat dan hakikat ke?", saya bertanya.

"Tak. Kalau tanya saya, itu bukan jalan makrifat. Ahli makrifat kata, jalan makrifat hanya boleh diterima melalui 'jalan' yang nabi lalu. Tak mampu dicapai dengan cara sedia ada"

AR kongsikan cerita beliau depression. Dan kita sebagai pendengar, perlu decode dan belajar dari kisah jatuh bangun beliau.

Beliau kongsikan kisah Anthony Robin mengenai Giving Time. Kita kena besarkan kemampuan kita memberi.

Beliau kongsikan mengenai pelukan yang menghentikan beliau daripada kemahuan membunuh diri. Kasih sayang.

Beliau tunjukkan video bagaimana harta kita didunia ni, kalau banding dengan planet Allah pun, dah tak bernilai.

Beliau kongsikan mengenai energi pada alam. Supaya kita ada 'rasa' setiap kali melihat kejadian ciptaan Allah.

Ya, memang alam dicipta untuk kita berfikir dan semakin bertaqwa.

"Meditasi yang AR bawa tu apa dia?", saya teruja mahu tahu.

"Pada saya, orang salah faham. Meditasi AR tu bukan macam yang orang tengok dalam YouTube. Meditasi dia tak ada amalan agama lain pun. Nama je sama..."

"...Ramai manusia terlupa, sebenarnya kita adalah roh. Minda dan body ada limitasi. Tapi roh kita boleh bergerak ke mana sahaja..."

"...Sebab tu kalau kita fikir nak jumpa Zaim Zin, dan akhirnya kita berjumpa satu hari. Sebab roh kita dah pernah hantar 'mesej' untuk jumpa..."

Manusia akan spend masa dan energi pada sesuatu yang dia rasa berharga.

Lagi ramai orang spend masa dan energi pada sesuatu yang sama, perkara tersebut jadi berharga. Seperti emas. Ramai orang nak.

Sama juga diri kita, lagi kita fokus belajar terima diri kita dan spend masa dan energi pada diri, kita sedang menghargai diri.

"Usaha untuk menjadikan orang semakin baik dan beriman, memang syaitan tak suka"

"Pada saya, semua ustaz tak perlu tentang AR, tapi gunakan dia untuk usaha dakwah. Sebab AR berjaya tarik perhatian orang yang mungkin sedang jauh dari masjid dan agama. Terutama anak muda"

Itu pandangan Tuan Ahmadi. Saya hirup kopi o pahit dan angguk-angguk.

Beliau tutup pertemuan kami dengan kata-kata dibawah ini,

"Jika semua orang fokus memperbaiki diri, pasti dunia jadi lebih baik.

Masalahnya, hari ni, ramai manusia fokus nak memperbetulkan orang lain sahaja"

Awesome!

Saya berlapang dada dan gembira mendapat perkongsian dari Tuan Ahmadi.

-Zaim Zin

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...