Tuesday 15 October 2019

ADA YANG TANYA SAYA TENTANG V-GAMES.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156997854819079&id=596059078

ADA YANG TANYA SAYA TENTANG V-GAMES.

Sebagai ALUMNI student Tuan Afnan Rosli, adalah tanggungjawab saya untuk menyebarkan dengan sebaik mungkin apa yang telah saya pelajari.

Kata Tuan Afnan, jika seorang student dapat mengajar 10 orang baharu untuk menjadi lebih bahagia, ianya adalah cukup baik dan akan menjadi peninggalan yang berharga olehnya.

Jadi, sebelum saya kongsikan nota HOW To Make 2020 The Best Year in Your Life, saya tulis sedikit tentang V-Games di sini sebagai nota ulangkaji dan rujukan anda.

.

#RITUALPAGI

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”.

[Riwayat al-Bukhari (1116)]

.
Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”.

[Riwayat Muslim (725)]

Lihatlah betapa Nabi Muhammad ﷺ sangat mementingkan dan mensyariatkan kita untuk bangun awal pagi. 

.
McCraven, penulis bagi buku:

"Make Your Bed: Little Things Can Change Your Life...and Maybe the World," pula telah memberitahu sekumpulan pelajar bahawa kepentingan mengemas katil pada setiap pagi adalah salah satu pelajaran terpenting baginya selama beliau berkhidmat dengan Tentera Laut.

"Jika anda mengemas semula katil setiap pagi, anda telah berjaya menyiapkan tugas pertama bagi hari itu.  Ia akan memberikan sedikit rasa kepuasan diri dan akan membuatkan anda rasa teruja dan seronok untuk melakukan tugas yang berlainan lagi dan lagi..."
.

Dalam kelas Tuan Afnan kita belajar tentang RITUAL PAGI.   RITUAL PAGI ini secara Ringkas di Panggil V-GAMES:

.
V- VISUALISATION:👁️

Waktu pagi kita visualise kan semua kebahagiaan, impian dan hidup kita yang lebih sempurna. Mainkan di fikiran pada setiap hari.

Nak berjaya dalam perniagaan, kereta yang lebih baik, masa yang lebih terurus, keluarga bahagia, visualise kan semua benda ni dengan cara paling detail yang boleh. Dan rasainya seolah olah kita sedang mengalaminya.  Bau, hembusan udara, bagaimana kita pegang pintu kereta itu contohnya...  Begitu cara visual yang lengkap. Termasuk haba sekeling juga.  Feel it.

.
G- GRATITUDE: 😇

Yang ini saya selalu tulis.  Tulisan panjang dan pendek.  Hampir setiap hari saya ingatkan supaya jangan lupa untuk bersyukur. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.  Lagi kita bersyukur lagi Allah tambah.  Lagi banyak kita menghargai setiap nikmat yang Allah berikan, lagi banyak kenikmatan kita dapat. 

Buat senarai apa yang kita perlu syukuri setiap pagi.  Jika anda benar-benar faham, nak tulis hingga esok pun tidak habis.  Dari kuku tangan hingga ke hujung rambut dan ke hujung jari kaki.  Dan itu baru bahagian badan kita yang kita harus syukuri.  Belum masuk bab lain lagi.

Belum masuk nikmat udara, nikmat air bersih, nikmat tidur berbantal, malah nikmat mampu buang air kecil dan besar sekalipun.

Selalu kita cepat terlupa untuk bersyukur. 
.

A- AFFIRMATION: 💪

Affirmation adalah kenyataan positif yang boleh membantu anda untuk mencabar diri dan mengatasi "self sabotage" atau sabotaj diri serta "negative thoughts" dalam diri.  Complicated sangat ke ayat saya ni?

Bila anda amalkan setiap hari dan jadi percaya, ianya akan merubah diri anda.  Anda boleh anggap "affirmations" itu sebagai "unrealistic wishful thinking" juga.

Impossible tetapi boleh!  Ingat, yang tidak boleh kita ubah di dunia hanyalah Al Quran dan Al Hadith.  Power kan?  Ini ayat yang sahabat jutawan selalu sebut kepada saya.  Untuk buat saya jadi berani dan yakin bahawa saya boleh!

Contoh mudah, bila seseorang selalu berkata kepada saya:

"Saya tak akan mampu jadi macam kak Zuria.  Saya tak sekuat Akak..."

Ubah itu.  Sebenarnya semua orang boleh.  Kadang-kadang kita tidak tahu kekuatan diri kita sendiri selagi kita tidak mencuba.  Beritahu diri,

"Aku boleh.  Aku boleh buat lebih baik dari itu.  InsyaAllah."

Boleh faham kan?

.
M- MEDITATION:🧘

Cara meditasi 🧘‍♀️ yang terbaik bagi kita orang Islam ialah Solat.  Melalui solat yang kusyuk dan pergerakan, segala sujud, tahiyaat, adalah movements yang memberikan impak yang sangat berkualiti kepada otak dan badan.  Dzikir dan doa, menginsafi dosa lampau adalah juga sebahagian dari meditasi dalam Islam.  Untuk ringkas dan mudah faham, perasan tak kita akan rasa best sangat bila dapat sempurnakan solat lima waktu?  Having that kind of feelings adalah satu kemenangan!

.
E- EXERCISE: 🏋️

Untuk ini, Tuan Afnan cadangkan kita buat "HIIT Workout".

Senaman HIIT adalah kata ringkas dari perkataan High Intensity Interval Training.

Senaman jenis HIIT ni sekejap je kena buat sebab resting period dia pun sekejap juga. Sekejap mana? Senaman jenis ni boleh sekejap macam 4 minit je buat.

Anda boleh Google untuk buat bacaan lengkap tentang senaman HIIT ini ya.  Jika berpenyakit, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

.
S- SPIRITUAL: 👼

Akhir sekali, luangkan masa untuk tingkatkan serta aktifkan spiritual kita.  Baca Al Quran, berzikir setiap hari dan sebagainya.   Zikir ini mudah.  Zikir tidak semestinya buat waktu kita di sejadah sahaja.  Zikir yang paling biasa dan saya amalkan hampir setiap masa termasuk waktu sakit, susah, suka, memandu, dikhianat, macam-macam....ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ (Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illauloh Allahu akbar)

Rasulullah saw. bersabda,

"Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".

(HR Ibnu Majah)

.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata:

"Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia."
(Hadith Riwayat Muslim)

Cubalah, InsyaAllah anda akan rasa setenang-tenangnya.  Tengah cuci pinggan dan basuh baju pun saya baca...😔

.
Jadikan semua ini amalan harian.  Cuba lah, dan lihat perubahan pada diri, InsyaAllah.  Saya  sedang bersyukur sambil menikmati rezeki hari ini.  Nikmat mampu menelan, mengunyah, masih punya gigi tanpa perlu pakai gigi palsu pun nikmat juga.😍

Semoga bermanafaat.

#Share and please jangan copy paste.  Penat saya karang tau!😄

          -

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...