Thursday 13 February 2020

LEMPENG CINTA.

LEMPENG CINTA. 

Pagi ni saya ada kelas bersama Datuk Faridah Hanim. Kelas dengan usahawan-usahawan dan jutawan-jutawan berjaya. 

Pagi tadi masa bangun tidur, saya duk bersiap-siap nak pergi kelas, fizah yang tengah berpantang tu naik ke Dapur, pergi siapkan my nutrition & protein shake. 

Fizah turun bawak shake, tanya abang nak minum tak? Saya kata takpe, bawak turun ke bilik, nanti sudah gosok baju abang turun minum. 

Dah siap workout and gosok baju, saya turun minum, setup rambut, pakai perfume semua. Saya salam dengan fizah. Dia cium tangan, peluk. Fizah tanya, abang tak makan ke (protien pancake) lempeng saya masak? 

Saya kata tak sempat, abang dah lewat. Then saya terus kalut-kalut naik, sarung kasut, masuk kereta, terus jalan menuju ke kelas.

Along the way ke kelas, hati saya jadi tak tenang. Orang asyik duk nampak muka fizah yang agak keciwa tadi. Yela, dia susah-susah dalam tengah pantang bangun, naik 2, 3 tingkat dari bilik ke dapur untuk siapkan breakfast saya, penuh ikhlas, saya tak jamah pun. 

Masa tu dah nak sampai ke kelas dah. Saya kata, hati tak tenang ni. Takpe lah, saya patah balik ke rumah. Perjalanan ke rumah kurang lebih 30minit, patah balik ke kelas pulak lagi 30minit, total i lost around sejam setengah. 

Dalam hati saya niat, takpela, aku balik ni nak gembirakan hati isteri, InsyaAllah masuk kelas belajar sikit Allah ganti banyak. Coz for me, kalau saya teruskan duduk dalam kelas dalam, sepanjang hari saya akan duduk dalam perasaan bersalah.

If the whole day i felt guilty, in would receive nothing. If the whole day my wife kecik hati, banyak mana pun knowledge i dapat harini, mungkin tak berkat. Berkat ni benda ajaib. Buat sikit jadi banyak, dapat sikit, terasa banyak. Saya sangat jaga bab berkat ni. 

MasyaAllah bila balik, fizah tak tahu pun saya patah balik. Saya pergi ke dapur angkat dengan pinggan-pinggan sekali, dengan sambal-sambal sekali. Saya meratah je lempeng ni dalam kereta.

Betul lah, nikmat tu luarbiasa. Hati terus rasa tenang, terus rasa lapang. Makanan yang di buat dengan ikhlas dan cinta, berkat. 

I’ve learn that in live, you don’t have to rush in anything. Just go with the flow. Put your priorities right. Jaga hati orang-orang yang kita sayang. 

Sampai kelas Ibu Hanim panggil saya. Afnan, nanti lepas lunch Afnan naik stage ya, bagi talk. MasyaAllah. Naaah, itu berkat. Dapat pulak peluang ladang pahala, bagi pengisian pada jutawan-jutawan  di sini. 

Ingat, apa saja yang orang buat untuk kita tanpa mengharap balasan, itu datang dari hati yang ikhlas, dari cinta. Semua yang di buat dengan perasaan cinta, InsyaAllah berkat. 

Kalau anak-anak kita datang tunjuk lukisan muka kita, keluarga kita, walaupun lukisan dia tu tak cantik, comot-comot, lukisan itu ikhlas, lukisan itu datang dari Cinta. Simpan. Appreciate it with all your heart. 

Hidup ini senang. Harga segala perkara kecil sekeliling. Sekecil apa pun, se simple apa pun. Walaupun hanya sekadar lempeng. 

Hati saya masih berbunga-bunga, kerana saya berjaya buat keputusan yang betul, kerana saya bersyukur masih ada Rezeki untuk di makan, kerana saya tahu ada orang yang sayang saya, siapkan sarapan untuk saya. MasyaAllah.

Sekarang dah masuk waktu lunch, perut masih terasa kenyang. Sebab rezeki berkat, saya rasa lempeng ni boleh kenyang seminggu kot 😂😂. 

Thanks baby Nurhafizah Mazuki. Mesti terkejut kan, pinggan dah takde kat dapur 😝😘😘.

Belajar sesuatu?

        -Afnan Rosli-
Love, Peace, Happiness

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...