Tuesday 24 September 2019

Selami dan fahami Ilmu Tauhid atau Aqaidul Iman

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1625476737588580&id=100003788088770

Sewajarnya, sepatutnya, sewajibnya, SEBELUM bercerita tentang hal kejiwaan atau motivasi kejiwaan, amat penting dalami, selami dan fahami Ilmu Tauhid atau Aqaidul Iman.

Kemudian memahami dasar Ibadah.

Contohnya Solat. Adanya Maqam Tabdil, Maqam Ihram, Maqam Mikraj. Berapa ramai yang ambil tahu?  Tidak mendalami hal solat, rukun Solat, sifat Solat. Tetiba belajar ritual lain, yang bagi mereka boleh menenangkan diri. AstaghfirULLAH.

Jika ilmu ini tidak didasarkan dalam setiap pekerjaan terutamanya dalam hal pembinaan jiwa insan, akan  berlakunya hal sewenangnya meniru amalan atau ritual agama lain.

Displin Ilmu amat penting untuk memahami hakikat Adab.

Displin inilah jika tidak difahami, perkara yang halus tidak akan diperhalusi, maka, berlakulah fenomena "ikut sajalah, bukan mensyirikkan ALLAH pun. Kita ambil yang baik saja, yang tak baik, kita tapis. Asal dapat manfaat, kita buat je."

Bab syirik inilah yang ramai tidak perhalusi. Gerakan New Age ini amat halus gerak kerjanya, disebabkan pengaruh mereka besar, kononnya dapat membangkitkan jiwa manusia.

Satu perkara penting hendak dipesan, itu baharu gerakan new age, belum lagi gerakan si mata satu, lagi halus.

Disebabkan itu syirik Jali itu sememangnya kalian tidak buat, namun syirik Khafi (halus), syirik mukhafi (dihaluskan), itulah yang perlu diperhalusi.

Timbul hal meditasi. Keluar roh. Kosongkan diri. Dan pelbagai lagi.

Amat menakutkan. Amat menggerunkan.

Suatu masa, hadir dajjal melucutkan iman sepertimana terlucutnya pakaian dari tubuh, sebegitu mudah. Ya, begitu mudah.

Oleh itu, jiwa hendak membangunkan jiwa, bangunkanlah Tauhid dahulu.

Teguran ini adalah untuk sekalian saudara seagamaku.

Berhati-hatilah.

Jangan kata sang faqir tidak mengambil tahu atau menyelidik sebelum memberi komen.

Sudah lama diperhati gerakan ini. Tegur pun sudah. Samada directly atau indirectly.

Cuma sekarang sang faqir menjelaskan dengan lebih 'direct', supaya kalian lebih berhati-hati.

Melangkahlah dengan Islam, berpijaklah dengan Iman, berjalanlah dengan Ihsan.

Masa masih ada.

Dalamilah ilmu Aqaidul Iman iaitu Tauhid. Dasari kehidupan dengan Aqidah yang sohih.

Semoga kita dipandu ALLAH, selamat dengan syafaat RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wa Sallam.

Wassalaam.

-AFIWAAK-

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...