Friday 27 September 2019

Misi nak bawa Al Quran ke seluruh jiwa di dunia.

Alhamdulillah semalam saya sangat seronok dapat berada dalam satu majlis bersama 50 orang Influencer dari seluruh pelusuk Malaysia. Masing-masing bawa Aura masing-masing. Mereka antara manusia-manusia paling berpengaruh di Malaysia.

Kami semua berkumpul hanya dengan satu tujuan. Nak bawa misi World #QuranHour. Misi nak bawa Al Quran ke seluruh jiwa di dunia.

Di hujung majlis itu, saya sempat buat majlis penyerahan sumbangan para students saya di Metamorphosis Terengganu. MasyaAllah, sangat terharu saya. Para students semua sumbangkan total kurang lebih RM100,000.00.

Termasuk cash, matawang asing, barang kemas dan beberapa valuable items yang mereka sumbangkan. Subhanallah.

Waktu saya serahkan semua amanah tuan puan pada Ustaz Hakim, di saksikan oleh Dato’ Dr. Hussamuddin Yaacob, pengarah urusan Karangkraft. Mereka pun terkejut. Banyak nya duit. Subhanallah.

Saya kata, ini lah students Metamorphosis. Mereka belajar jadi Kaya, mereka belajar jadi Bahagia, dan mereka sendiri nak orang lain kaya dan bahagia.

InsyaAllah seluruh sumbangan anda setiap sen itu akan kami gunakan untuk buat sustainable project di Arakan. Kita sedang jalankan project Pertanian dan Penternakan.

Di kelas Metamorphosis Melaka kami berjaya kutip kurang lebih RM50,000.00. Di Terengganu RM100,000.00. Kurang lebih RM150,000.00. InsyaAllah dengan jumlah ni kita boleh bagi makan 3 biji kampung dengan penduduk sekitar 6000 orang.

Bayangkan 6000 orang dapat makan setiap hari, sepanjang tahun. Tiada lagi kelaparan berpanjangan. Saya menangis setiap malam mengenangkan, setiap malam ada orang dapat masuk tidur malam ni dalam keadaan perut terisi. Hasil usaha dan sumbangan students-students saya.

Dan saya sangat Bersyukur setiap pagi saya bangun kerana saya tahu setiap hari ada 6000 orang harini bangun dalam keadaan mereka tahu mereka ada pekerjaan, mereka tahu mereka boleh beri makan pada keluarga mereka, dan mereka tahu harini anak isteri mereka takkan kelaparan.

Itu semua usaha dan sumbangan kita bersama.

Waktu kali kedua kami sampai ke sana. Tak berhenti orang di sana ucap terima kasih, terima kasih, terima kasih pada Rakyat Malaysia kerana bantu mereka. Mereka kata, kami doa untuk anda semua di setiap sujud kami, dan di setiap suapan nasi kami. MasyaAllah.

Kita mungkin anggap sumbangan kita kecil. Tapi bagi mereka, itu antara hidup dengan mati. Itu nikmat bagi mereka bagai gunung yang tinggi.

Perjuangan masih jauh. Ada 140,000 orang di Arakan perlu di bantu. Kita baru bantu 6000 orang. Ada beratus ribu lagi perlu di bantu.

TAHNIAH & TERIMA KASIH semua Alumni Metamorphosis.

InsyaAllah dari Alor Setar dan Kota Kinabalu kita dapat bantu beberapa ribu lagi penduduk Arakan untuk teruskan hidup dan belajar untuk bahagia.

Saya telah sampaikan Amanah kalian pada Serantau Muslim. Mereka akan jalankan misi ini InsyaAllah. Terima kasih sekali lagi. Moga setiap suapan penduduk di sana, jadi pahala anda. Setiap sujuk, rukuk, qiam mereka, mengalir pahala pada anda.

Sedekah bagi makan pada orang ni sangat-sangat besar nilai nya. Tambah pula makan itu menentukan hidup mati mereka.

Alumni Metamorphosis. Anda memang AWESOME 😘👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

-Afnan Rosli-
Be Happy 💖

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...