Wednesday 14 August 2019

SIAPA ANDA 5 TAHUN AKAN DATANG BERGANTUNG PADA 7 PERKARA

Pernah terfikir tak siapa diri anda, dimana anda akan berada dan bagaimana keadaan hidup anda 5 tahun dari sekarang?

Bagaimana kalau saya katakan pada anda, yang anda boleh predict di mana anda berada 5 Tahun dari sekarang?

Anda berada di mana anda berada sekarang, ialah kerana apa yang anda buat sepanjang 5 tahun lepas.

Kewangan anda, kesihatan, hubungan dengan pasangan dan keluarga dan tahap kebahagiaan anda. Semua ialah pengumpulan-pengumpulan dari perkara-perkara kecil sepanjang 5 tahun lepas. Hasilnya ialah diri anda sekarang.

SIAPA ANDA 5 TAHUN AKAN DATANG BERGANTUNG PADA 7 PERKARA INI:

1. KEPUTUSAN & TINDAKAN YANG ANDA BUAT SEKARANG:

- Same actions creates same results. Kalau anda nak perubahan dalam sesuatu bahagian dalam hidup, anda kena mula buat keputusan yang berbeza. Action yang sama menghasilkan results yang sama.

Kenalpasti area mana yang perlu di ubah, mungkin kesihatan, kewangan, relationship dan sebagainya. Buat keputusan dan ambil tindakan. Kalau tak bahagia dengan kerja sekarang? Berhenti aja. Buat benda yang anda Bahagia. Simple.

2. BUKU YANG ANDA BACA:

- Banyak perkongsian saya sebelum ini menekankan tentang membaca, jadi makin cerdik setiap hari. Kerana apa yang anda masukkan dalam otak, akan mempengaruhi cara anda buat keputusan.

Cara anda buat keputusan akan mempengaruhi tindakan anda. Kalau anda continues untuk sumbat dalam otak anda perkara yang sama yang anda sumbat 5 tahun lepas. Otak anda pun akan buat keputusan yang sama. Dan anda akan dapat results yang sama.

(Baca sharing saya tentang bagaimana jadi lebih bijak setiap hari, dan 7 content di utube anda boleh cari supaya makin bijak)

3. KAWAN YANG ANDA BERGAUL:

- Income kita harini ialah average dari income 5 orang kawan yang kita paling banyak bergaul. Tak percaya? Anda tengok siapa 5orang dalam life anda yang anda paling banyak spend masa seharian.

Ambil income mereka, anda bahagi 5. Kurang lebih itu lah income anda sekarang. Kenapa? Sebab, bila banyak masa anda spend dengan seseorang, banyak energy anda invest pada mereka, anda mula adopt cara fikir mereka. Cara cakap, cara buat keputusan mereka.

Kalau nak ubah to next level, upgrade your circle. Increase your network. Your network is your networth. Interesting kan?

4. IBADAH ANDA:

- Amal ibadah anda harini, akan menentukan siapa diri anda 5 tahun akan datang. The quality of ibadah anda, menentukan Quality of life anda.

Sebab dalam setiap ibadah, ada a very deep scientific explanations bagaimana ia mempengaruhi hidup kita. Sebab kita tak faham itu, kita ambil ibadah sebagainya perkara sambil lewa.

Saya akan kupas detials dalam posting akan datang. Salah Satu nya yang saya explain ialah dalam post tentang bangun Subuh. Boleh baca nanti.

Bab ibadah sangat mempengaruhi tahap kebahagiaan anda 5 tahun ke depan.

5. SIAPA YANG ANDA FOLLOW DI SOCIAL MEDIA:

- Life kita harini dah separuh duduk di social media. Jadi siapa yang anda friends dan Follow bagi pengaruh besar pada future anda.

Hati-hati, jaga-jaga. I would suggest anda mula unfollow semua portal-portal yang duk tayang gosip Artist, berita-berita low value yang tak membina, dan rakan-rakan yang negative. Just unfollow.

Anda akan dapati, ringan sikit kepala tu, sebab anda dah mula stop ambil berat tentang benda yang tak perlu.

Go for high achievers, Follow High value entertainment. Kita panggil valuetainment. Go for knowledge. Follow orang yang buat anda makin semangat, makin cerdik setiap hari.

6. RELATIONSHIP DENGAN ORANG SEKELILING:

- This part is very important. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. Pasangan, anak-anak, parents, kawan-kawan dan sebagainya. This part ialah yang menentukan tahap Bahagia kita.

Here’s a tips. Relationship is build little by little. Small-small things by time akan jadi besar.

Macamtu juga orang yang bercerai, buka diorang bangun-bangun pagi terus kata, ok lah, aku nak cerai. Tiba-tiba. Tak. Its an accumulations selama bertahun tahun, simpan, pendam, gaduh, bertekak, salah faham, dan sebagainya. Little by little, lama-lama jadi besar. Then satu pagi, bangun baru decide. Ok aku nak cerai.

So, take care of those little-little things. Be loving, caring, compassionate and joyful.

7. HUBUNGAN DENGAN ALLAH:

-Finally, anda boleh buat semua yang di atas dengan betul, tapi kalau anda screw this one! Fuh! Sia-sia semua yang kat atas tu.

Everything depends on this one thing! Jaga betul-betul hubungan dengan Allah, InsyaAllah the rest is taken care. 😉

So, dah bersedia untuk tiba di destinasi impian 5 tahun akan datang?

Dan ingat, its not about the destination, but rather its the journey yang anda kena enjoy setiap saat, setiap Moment.

Belajar sesuatu?

#Share Moga Bermanfaat.

Jemput Follow 👉🏻Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

           -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

No comments:

Post a Comment

HIDUP JADI LEBIH TERKAWAL?

Kenapa ada orang deactivated Facebook??? kerana mereka percaya ia dapat tingkatkan vibration. Yes! sebab antaranya ialah untuk HIDUP JADI LE...